Saturday, October 23, 2010

Computer Terminology = BM vs BI. Haru biru jadinya...

Some computer terms translated to BM,

Don’t you think that computer terminology in Bahasa Malaysia is really weird?

Cakera Keras = Hard Disk 

Tetikus = Mouse 

Papan Kunci = Keyboard 

CD-ROM = Cakera Padat Ingatan Melalui Pembacaan (CP-IMP) – Isn’t that bit too much to ingat? Try pronouncing that without twisting your tongue or pausing to think. IMPs?

Monitor = What’s the term for this? KETUA DARJAH?

Modem = Could it be called “PEMPEND” <– PEModulasi, PENDemodulasi?

Motherboard = “Papan Ibu” probably? Maybe the best motherboards can be awarded the “Papan Ibu Mithali” then?

Sound Card = Kad Bunyi?

Sound Blaster = Peletup Bunyi?

Pipeline Burst Cache = Duite Garisan Paip Meletup?

Local Bus = Bas Tempatan? Sounds good to me.

VESA Local Bus = Bas Tempatan VESA?

Flatbed = Katil leper? OR Katil Rumah Pangsa (Flat)?

WWW = Sarang labah-labah Selebar Dunia (SSD)? Sounds quite convincing to me.

Then what would you call daughterboards? Papan anak perempuan? That sounds a little kinky for me) What about SIMMs and DIMMs and such…?
*laf* wonder what would you call ink jets then Pancutan Dakwat???

What about “Plug and Play [tm]“? Hmmm..Plug and play….Cucuk dan Main??? Somehow I think not.

Joystick = Batang Gembira or Batang Ria?? Damn obscene man!!

Hahaha...kelakar...

Jom Jawab Teka-teki


A) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang ?
- Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang.

B) Banyak-banyak mi, mi apa yang tak boleh di makan???
- Misai

C) Batang apa yang kalau orang pegang-pegang nanti kena gatal-gatal?
- Batang Keladi

D) Bulan dan bintang...mana anak? mana bapak???
- bulan dan ialah anak, tang tu ialah bapak...(
Bulandan bin Tang )
E) Ada orang ni nak naik bas. Dia ada 50 sen jer. Tambang bas ke tempat yang ingin dia tuju sebanyak 60 sen. Macam mana dia nak pergi ke tempat tersebut?
-Dia buat muka seposen  jer , 50 sen + 10 sen = 60 sen

F)Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
- Dua-dua tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jer...

G) Burung apa yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
-Penguin

H) Banyak-banyak katak, katak apa yg boleh bercakap?
-Katakanlahhhhhh...

I) Tempat apa ni......peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
- Tempat Perkuburan. seram tak. Hehehe…

J) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia...?
- Lingkaran nyamuk Shieldtox

K) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
- Bahrain

L) Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa
- Si Katun ler. Hehehe…


~SELAMAT MENJAWAB~

Apakah Nombor Telefon Bimbit Anda? Cuba Ini...

Langkah 1:
Masukkan 3 digit pertama no. tel bimbit anda ( tidak termasuk 01X)
Langkah 2:
Kali dengan 80 ( X 80)
Langkah 3:
Tambah dengan 1 ( + 1)
Langkah 4:
Kali dengan 250 ( X 250)
Langkah 5:
Tambah dengan 4 digit terakhir no. tel bimbit anda
Langkah 6:
Sekali lagi Tambah 4 digit terakhir no. tel bimbit anda
Langkah 7:
tolak dengan 250(- 250)
Langkah 8:
Bahagi dengan 2 ( /2)
Apakah no Tel Bimbit anda?

Salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.

“Cuba perhatikan murid-murid...lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul.”

Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee. heee...

Muhasabah Diri

EMPAT Lelaki Ditarik Ke Neraka

Semoga sedikit ilmu yang tidak seberapa ini membuatkan kita berfikir sejenak dimanakah kuasa anda sebagai lelaki yang dimuliakan Allah. Wanita sebagai pengikut ketua sebuah keluarga.

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat...tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya...jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:

“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA. Semua kaum muslim masuk syurga. Janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janji ALLAH S.W.T.


Kisah Segelas Susu Yang Penuh Pengajaran

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi. Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu.

Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel. Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.




Jawab budak perempuan itu.

“Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”

Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut.

“Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan. Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil. Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”
Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu. Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…

Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.


Kisah Di Sebalik Ungkapan "Tak Ada Apa-apa"


Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata tak ada apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami.

“Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,”katanya.

Saya tersandar seketika. Kejadian apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya.

 “Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?”

"Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.”

Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi.

Mama masih menjawab,”Tak ada apa-apa”.

Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat,.

“Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri mesti ada buat salah, tapi mama tak nak bagi tau.” Airmata sudah membasahi pipi.

Tak ada apa-apa?”Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara.

“Sabri ada satu kisah yang mam asusah nak lupakandan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.” Saya terkedu.

Mama menyambung, “Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?” Mama mula menangis. Saya tunduk.

"Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.” Saya benar-benar terkejut.

Mama menyambung lagi, “Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri akan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!” Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama.

Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.” Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya.” Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon.”Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.” Suara ellaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian.

Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selama ini.
“Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata ‘órang tua bodoh. Tak ada otak’” Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu:

“Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!” Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan ‘tak ada apa-apa’ dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan ‘apa-apa’ yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. 

"Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.”… dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya.” An-Nisa’:36

Saya ingin menyeru sekali lagi kepada anda semua. Marilah kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak. Selama ini, adakah kita pernah berkasar bahasa dengan ibu, ummi, mama, mum atau mak kita???
Pernah tak kita melawan cakap mak kita?? Pernah atau tidak kita meninggikan suara dengan ibu kita?? Ada atau tidak kelakukan, perangai, tingkah laku kita sehingga menyebabkan air mata ibu kita mengalir??

Wahai sahabat semua, ingatlah bahawa REDHA ALLAH ke atas kita adalah terletak pada REDHA IBU BAPA kita kepada kita“.

baca dan buat penilaian BUKAN penilaian sebelum baca

Peristiwa ini telah berlaku 8 tahun dahulu. Ketika itu aku berada di tingkatan satu. Memang sudah lama, tetapi elok dikenang semula.

"Buku apa yang Nani baca?" tanyaku kepada kwn baikku.

"Inilah buku yang menjadi kegilaan ramai budak-budak remaja sekarang." jawabnya.

Kemudian sebaik sahaja dia meninggalkan buku tersebut diatas meja, aku terus mencapainya. Aku pun membelek-belek setiap halaman helaian buku tersebut. Hanya tulisan...tulisan dan tulisan. Ahhh...alangkah bosannya. Itu sajalah perkataan yang keluar dari kepala otak aku ini sampai aku rasa otak pun dah faham apa perasan aku.

Sebenarnya aku ini seorang yang pemalas. Bukan malas apa pun malas nak baca buku. Kalau disuakan dengan buku free pun, memang aku tidak akan baca. Nak buat macam mana itulah tabiat aku sejak kecil  lagi. Harap saja buku berlambak dirumah tidak kiralah apa jua jenis buku satu pun tidak ku sentuh. Malah, aku masih ingat lagi  pernah sekali aku mengutuk-ngutuk tabiat membaca sebahagian kawan aku. 

"Buat apa baca novel, buang masa saja." kataku kepada kawanku.

Sehinggalah aku masuk tingkatan tiga, tabiat membaca aku betul-betul hilang dan rasanya tidak wujud langsung dalam diri ini.Sampailah satu hari rakan sebilik aku merungut-rungut seorang diri apabila membaca novel yang baru dibelinya. Dia memang seorang kaki novel yang selalu jadi mangsa kutukan dan kritikan oleh aku.

"Hishhh...baru baca berapa helai dah rasa pening. Banyak sangatlah watak dalam cerita ni sampai tak terhafal namanya." katanya sambil meletakkan novel tersebut diatas meja. Aku menjeling sikit. Urmm...cover depan gambar seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Tak payahlah nak pening-peningkan kepala baca novel tu lagi. Semua novel sama jer. Buang masa." kataku.

Malam itu setelah habis group discussion dengan kawan-kawan, aku pulang ke bilik seperti biasa. Kebetulan pula pintu bilik aku berhadapan dengan meja. Sebaik saja aku melangkah masuk mata aku terpaku melihat novel yang ditinggalkan oleh rakanku diatas meja petang tadi. Tiba-tiba terdetik satu persoalan didalam hati ini.

"Kenapalah ramai yang tertarik dan akhirnya jatuh cinta setelah membaca novel. Hebat sangat ke novel ini?"

Entah mengapa hatiku tergerak untuk mengambil novel itu. Aku mula baca bahagian blurb (biasanya ditulis dibelakang buku) novel tersebut. Aik. Lainnya dengan novel-novel yang lain. Getusku dalam hati. Kebiasaannya dibahagian ini orang akan memetik mana-mana petikan dalam buku tersebut atau membuat ringkasan mengenai isi buku tersebut. Tetapi blurb novel tersebut tidak seperti ayat ringkasan.

Itulah yang membuat hatiku tertarik untuk membelek buku tersebut dan akhirnya aku baca juga novel tersebut. Dan aku hanya mengambil masa 2 hari saja untuk khatam. Sejak hari itu saya telah menjadi kaki novel seperti kawan-kawanku yang lain tapi malangnya minatku ini tidak dapat diteruskan kerana kedua orang tuaku sudah bising menyuruhku supaya lebih fokus dalam pelajaran.

"Siti jangan la kamu asyik berkepit dengan novel jer. Buku pelajaran tu jangan dilupakan. Kamu tu dah la nak PMR. Dah jangan baca novel lagi. Mama tak nak tengok anak mama gagal gara-gara baca novel." kering tekak mak berleter.

Sejak hari itu aku telah meninggalkan buku yang bernama novel untuk sekian lamanya...

Pada suatu hari aku keluar ke bandar bersama kawan-kawanku. Dari jauh aku ternampak sebuah kedai buku yang menarik minatku untuk memasuki kedai tersebut. Sebaik saja aku melangkah masuk lahirlah satu perasaan teruja dalam diriku ini.

"Wah! Banyaknya novel." kataku dalam sedikit menjerit.

Aku terus pergi ke bahagian novel dan melihat satu persatu novel yang ada disitu. Tiba-tiba mataku tertatap pada sebuah buku yang berjudul Bicara Hati dan pengarangnya Damya Hanna. Aku terus melihat blurb novel tersebut...


"DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia..."

Wow! sungguh menarik plot ceritanya. Aku sudah tidak sabar untuk mengetahui kesudahannya. Marilah kita baca dan buat penilaian bukan penilaian sebelum membaca yea..

"Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu"
.