Saturday, October 23, 2010

baca dan buat penilaian BUKAN penilaian sebelum baca

Peristiwa ini telah berlaku 8 tahun dahulu. Ketika itu aku berada di tingkatan satu. Memang sudah lama, tetapi elok dikenang semula.

"Buku apa yang Nani baca?" tanyaku kepada kwn baikku.

"Inilah buku yang menjadi kegilaan ramai budak-budak remaja sekarang." jawabnya.

Kemudian sebaik sahaja dia meninggalkan buku tersebut diatas meja, aku terus mencapainya. Aku pun membelek-belek setiap halaman helaian buku tersebut. Hanya tulisan...tulisan dan tulisan. Ahhh...alangkah bosannya. Itu sajalah perkataan yang keluar dari kepala otak aku ini sampai aku rasa otak pun dah faham apa perasan aku.

Sebenarnya aku ini seorang yang pemalas. Bukan malas apa pun malas nak baca buku. Kalau disuakan dengan buku free pun, memang aku tidak akan baca. Nak buat macam mana itulah tabiat aku sejak kecil  lagi. Harap saja buku berlambak dirumah tidak kiralah apa jua jenis buku satu pun tidak ku sentuh. Malah, aku masih ingat lagi  pernah sekali aku mengutuk-ngutuk tabiat membaca sebahagian kawan aku. 

"Buat apa baca novel, buang masa saja." kataku kepada kawanku.

Sehinggalah aku masuk tingkatan tiga, tabiat membaca aku betul-betul hilang dan rasanya tidak wujud langsung dalam diri ini.Sampailah satu hari rakan sebilik aku merungut-rungut seorang diri apabila membaca novel yang baru dibelinya. Dia memang seorang kaki novel yang selalu jadi mangsa kutukan dan kritikan oleh aku.

"Hishhh...baru baca berapa helai dah rasa pening. Banyak sangatlah watak dalam cerita ni sampai tak terhafal namanya." katanya sambil meletakkan novel tersebut diatas meja. Aku menjeling sikit. Urmm...cover depan gambar seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Tak payahlah nak pening-peningkan kepala baca novel tu lagi. Semua novel sama jer. Buang masa." kataku.

Malam itu setelah habis group discussion dengan kawan-kawan, aku pulang ke bilik seperti biasa. Kebetulan pula pintu bilik aku berhadapan dengan meja. Sebaik saja aku melangkah masuk mata aku terpaku melihat novel yang ditinggalkan oleh rakanku diatas meja petang tadi. Tiba-tiba terdetik satu persoalan didalam hati ini.

"Kenapalah ramai yang tertarik dan akhirnya jatuh cinta setelah membaca novel. Hebat sangat ke novel ini?"

Entah mengapa hatiku tergerak untuk mengambil novel itu. Aku mula baca bahagian blurb (biasanya ditulis dibelakang buku) novel tersebut. Aik. Lainnya dengan novel-novel yang lain. Getusku dalam hati. Kebiasaannya dibahagian ini orang akan memetik mana-mana petikan dalam buku tersebut atau membuat ringkasan mengenai isi buku tersebut. Tetapi blurb novel tersebut tidak seperti ayat ringkasan.

Itulah yang membuat hatiku tertarik untuk membelek buku tersebut dan akhirnya aku baca juga novel tersebut. Dan aku hanya mengambil masa 2 hari saja untuk khatam. Sejak hari itu saya telah menjadi kaki novel seperti kawan-kawanku yang lain tapi malangnya minatku ini tidak dapat diteruskan kerana kedua orang tuaku sudah bising menyuruhku supaya lebih fokus dalam pelajaran.

"Siti jangan la kamu asyik berkepit dengan novel jer. Buku pelajaran tu jangan dilupakan. Kamu tu dah la nak PMR. Dah jangan baca novel lagi. Mama tak nak tengok anak mama gagal gara-gara baca novel." kering tekak mak berleter.

Sejak hari itu aku telah meninggalkan buku yang bernama novel untuk sekian lamanya...

Pada suatu hari aku keluar ke bandar bersama kawan-kawanku. Dari jauh aku ternampak sebuah kedai buku yang menarik minatku untuk memasuki kedai tersebut. Sebaik saja aku melangkah masuk lahirlah satu perasaan teruja dalam diriku ini.

"Wah! Banyaknya novel." kataku dalam sedikit menjerit.

Aku terus pergi ke bahagian novel dan melihat satu persatu novel yang ada disitu. Tiba-tiba mataku tertatap pada sebuah buku yang berjudul Bicara Hati dan pengarangnya Damya Hanna. Aku terus melihat blurb novel tersebut...


"DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia..."

Wow! sungguh menarik plot ceritanya. Aku sudah tidak sabar untuk mengetahui kesudahannya. Marilah kita baca dan buat penilaian bukan penilaian sebelum membaca yea..

"Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu"
.









No comments:

Post a Comment